VOL.2-DENDAM

ADAM DANIEL BARU SAHAJA SUDAH MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT.KALI INI PERMINTAANNYA ADALAH SUPAYA ISTERINYA MENERIMANYA KEMBALI MESKIPUN TALAK ITU BERADA DI TANGANNYA.TETAPI APAKAN DAYA DIA MASIH LAGI MENYAYANGI SURAYA SEADANYA MESKIPUN ISTERINYA SUDAH BERSIKAP KURANG AJAR DAN CUBA MENCURANGINYA BEBERAPA KALI SEMASA DIA BERTUGAS DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN KERJA.TELINGANYA MENANGKAP BUNYI TAPAK KAKI SESEORANG SEDANG BERJALAN DI BAHAGIAN TINGKAT 1 RUMAHNYA. SEGERA DIA BERDIRI DAN MELIPAT SEJADAH YANG DIPAKAINYA SEBENTAR TADI.LANGKAHNYA PERLAHAN-LAHAN MENUJU KE ARAH PINTU BILIK TIDURNYA DAN PINTU DIBUKA DENGAN TELITI SUPAYA TIDAK DIDENGARI OLEH TETAMU YANG TIDAK DIJEMPUT ITU.SETELAH KELUAR DARI BILIK TIDUR,MATANYA MELILAU MENCARI DI SETIAP SUDUT RUMAHNYA KHUATIR JUGA SEKIRANYA ADA ORANG YANG INGIN MENCEROBOH RUMAHNYA.DIRINYA KETIKA INI MASIH LAGI DI TINGKAT DUA MENANTI DARI ATAS UNTUK MELIHAT SESIAPA YANG ADA DI BAWAH DAN SECARA TIBA-TIBA MUNCUL KELIBAT MANUSIA BERTOPENG HITAM DARI ARAH BELAKANGNYA TANPA DISEDARI.ADAM TERUS KAKU KERANA DIA LAMBAT UNTUK MENGAGAK PERGERAKAN ORANG ITU.BARU SAHAJA DIA INGIN BERPUSING KEPALANYA TERUS DIHENTAK DARI BELAKANG DAN DIA PENGSAN DI SITU SEHINGGALAH ISTERINYA PULANG."ABANG,BANGUN", ADAM DANIEL LANGSUNG TIDAK BANGUN DAN AKHIRNYA ISTERINYA MEMBIARKAN DIA TERBARING DI ATAS LANTAI. "APA KENA DENGAN SUAMI AKU ,BIAR SAHAJA LAH",TERUS SURAYA MELURU MASUK KE DALAM BILIKNYA. BILIK DIA DAN SUAMINYA DIASINGKAN. KEPUTUSAN ITU BUKAN DIBUAT OLEH ADAM DANIEL TETAPI SURAYA SENDIRI YANG MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

JAM DI DINDING MENUNJUKKAN ANGKA 12.00 TENGAH MALAM. ADAM DANIEL MULA TERSEDAR DARI PENGSANNYA DAN DIA MELILAU MELIHAT SEKELILING KHUATIR PENCOROBOH ITU MASIH BERADA DI DALAM RUMAHNYA. LANGKAHNYA KE ARAH BILIK ISTERINYA DI PENJURU RUMAH. SUDAH LAMA ISTERINYA MENGASINGKAN TEMPAT TIDUR KERANA MEREKA ASYIK BERTENGKAR. DIBUKANYA PERLAHAN-LAHAN PINTU DAN MELIHAT ISTERINYA SUDAH LENA TIDUR DIULIT MIMPI INDAH. "KENAPA DIA TAK KEJUTKAN AKU?",PERSOALANNYA ITU MEMBUAT DIA MENJADI SEMAKIN TERTANYA-TANYA APAKAH ISTERINYA SUDAH TIDAK MENGENDAHKANNYA LAGI. PANDANGANNYA TERTUNDUK KEBAWAH,ADA SEDIKIT PERASAAN SEBAK ATAS PERLAKUAN ISTERINYA ITU. DIA MERASAKAN SEPERTI DIRINYA LELAKI DAYUS KERANA MEMBIARKAN ISTERINYA KELUAR DENGAN LELAKI LAIN.

LANGKAHNYA DITERUSKAN PULA KE ARAH BILIK TIDUR. DIGOSOK-GOSOK KEPALANYA. KESAN HENTAKAN TADI SEMEMANGNYA SANGAT MENYAKITKAN. KEPALANYA BERDENYUT-DENYUT DAN SERAYA ITU JUGA DIA TERUS MEMBARINGKAN DIRINYA DI ATAS KATIL. ADAM DANIEL TERMENUNG MEMIKIR SIAPA YANG MEMUKULNYA. PEKERJAAN YANG DIJALANKANNYA MEMANG TIDAK DINAFIKAN MEMPUNYAI RAMAI MUSUH TETAPI KENAPA BARU SEKARANG ADA SESEORANG YANG CUBA MEMBUNUHNYA. LAMA DIA BERFIKIR AKHIRNYA MATA DIA TERLELAP JUGA.

PUKUL 3 PAGI,ADAM DANIEL MENGAGAHKAN DIRINYA UNTUK BANGUN. SEPERTI KEBIASAAN HARI-HARI LAIN,DIA AKAN MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJUD,TAUBAT SERTA HAJAT.DI ATAS TIKAR SEJADAH ITU DIA BERSOLAT DAN MEMBERI SALAM SESUDAH SELESAI SOLAT. SAMBIL TERMENUNG KE ARAH SEJADAH DIA MEMIKIRKAN SIAPA YANG MENCEROBOH MASUK KE DALAM RUMAHNYA. SISTEM KESELAMATAN RUMAHNYA SEMEMANGNYA SUKAR SEKALI UNTUK DITEMBUSI. PERASAAN DIA TIDAK ASING LAGI KERANA DIA MENGASYAKI ORANG TERSEBUT PEMBUNUH UPAHAN YANG TERLATIH DALAM TEKNOLOGI. SEGERA DIA MENCAPAI TELEFON DAN MENGHUBUNGI SESEORANG YANG DIKENALINYA. PERBUALANNYA BEGITU KHUSYUK SEKALI DAN MUKANYA SANGAT SERIUS.

Ulasan

Catatan Popular