BAITULMAQDIS😭😢

SAB,16DIS2017,9.21A.M.

Ramai yang bersedih dan marah dengan berita penaklukan Baitulmaqdis.

Ramai yang menangis, memohon doa dan bantuan direct dari Allah sehingga meminta supaya diturunkan tentera malaikat dan burung Ababil.

Ramai yang turun berdemonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat.

Semua usaha itu bagus, tapi masih ramai yang tidak faham bagaimana mengukuhkan Islam dari AKAR UMBI.

Semua usaha itu merupakan usaha 'tersurat', semuanya kita tahu dan nampak ia sebuah usaha dalam membantu dan membangkitkan semula kekuatan Islam.

Tapi ramai terlepas pandang usaha yang TERSIRAT, yakni usaha RasuluLlah, para sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in, para salafussoleh dan orang-orang alim terdahulu.

Apakah usaha 'tersirat'?

Usaha tersirat ini merupakan akar umbi Islam, jantung Islam, denyut nadi Islam, nafas Islam.

Anak isteri wajib solat ON TIME. Sembah Allah ON TIME. Para lelaki mujahidin sembah Allah berjemaah di mana azan DILAUNGKAN.

Ummat berdegar-degar melaungkan kalimah tauhid, memohon keadilan, menangis merintih merayu, mengutuk kezaliman, tapi solat masih lengah-lengah, Allah masih dikemudiankan, urusan dunia masih diberi keutamaan, bagaimana Allah nak turunkan nusrah pada ummat yang lalai?

Cita-cita tinggi dan murni, nak bantu saudara sesama Islam, nak bantu martabatkan ugama Islam, tapi roh Islam lemah dalam diri, jazbah diri malap, gelap gelita.

Bagaimana nusrah Allah akan sampai kepada ummat yang lalai?

Jika ingin bantu saudara kita, jika ingin bantu ugama Allah, bantu diri dan keluarga terlebih dahulu, mula dari diri dan keluarga, ajar dan ajak anak-anak solat ON TIME, sembah Allah ON TIME, esakan Allah, agungkan Allah dengan SELAYAK-LAYAKNYA.

Jika solat lengah-lengah, layan Allah macam sampah buruk, umpama Allah itu tak penting, lambat-lambat pun tak mengapa, macam mana Allah nak bantu?

Para suami penuhkan masjid-masjid rumah Allah terlebih dahulu. Jangankan Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak pun masjid lengang, melainkan solat Jumaat sahaja sampai tak muat masjid.

Barulah nusrah Allah akan datang, dalam bentuk yang tak disangka-sangka, jangan hanya tahu meminta, tapi tak tahu memberi, beri ketaatan sebagai HAMBA unconditionally.

Akar umbi Islam bermula dari baitul muslim, jika semua manusia bermula dari diri dan keluarga, insya Allah kita dapat bentuk satu masyarakat yang cemerlang dunia akhirat. Manual book dah ada, role model dah ada, ikut saja tanpa banyak soal.

Kenapa zaman dulu Allah hantar tentera bantuan dengan cara tak logik, sampai tak masuk akal? Kerana keimanan dan ketaqwaan mereka, tapi ummat kita hari ni apa yang ada?

Ada amarah yang meluap-luap, cuma tahu rasa terkilan, menangis dan meminta-minta, solat tetap acuh tak acuh, Allah bukan juga keutamaan.

Serius ingin ubah dunia? Ubah diri dan keluarga terlebih dulu, dari institusi kecil ini mampu membentuk satu daerah, negeri, seterusnya negara, hatta dunia sekalipun, hanya dengan iman dan taqwa yang sebenar-benarnya.

Jangan lupa, Islam pernah memayungi 2/3 dunia, didik anak AMANAH Allah dengan sesungguhnya, bagi effort/masa 1000% untuk bentuk anak soleh yang bakal menggoncang kembali sejarah kegemilangan Islam.

P/s: Peringatan ini bukan saja untuk pembaca, malah juga untuk diri sendiri yang lemah dan jahil, untuk siapa saja yang masih lalai dengan dunia, tapi bercita-cita ingin ubah dunia.

Ulasan

Catatan Popular