(1) anak sial
#ANAK SIAL
"ASSALAMUALAIKUM,IBU ADA ORANG DATANG",SEGERA AINUL MAWARDAH BERLARI-LARI ANAK MENUJU KE ARAH IBUNYA YANG TENGAH MENELAAH PELAJARAN.BEGITULAH DIRINYA SETIAP HARI,PAGI BEKERJA MALAM PULA DIHABISKAN DENGAN PEMBELAJARAN. PENGAJIAN JARAK JAUH YANG TELAH DIPILIH ADALAH IJAZAH KULINARI. MESKIPUN SABAN HARI DIA SIBUK,TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI IBU KEPADA AINUL MAWARDAH TIDAK PERNAH MEMUDAR.
"SIAPA YANG DATANG??",AJU MARIAM PADA ANAKNYA,"TAK TAHU SIAPA".TANPA BERLENGAH LAGI DIA TERUS MENUNTUN DIRINYA KE PINTU UTAMA RUMAH.DIBUKA PINTUNYA DAN KEJUTAN YANG TAK DIDUGANYA APABILA MELIHAT TETAMU YANG HADIR ITU MENGIMBAU KEMBALI MASA SILAMNYA.SEKITAR 12 TAHUN YANG LALU KETIKA DIA MASIH LAGI BERUMUR 18 TAHUN.
MUKA WANITA ITU YANG SEMEMANGNYA BENGIS DAN TIADA LANGSUNG SENYUMAN MANIS DI WAJAH MENAMPAKKAN PERWATAKANNYA LEBIH MENYERAMKAN.SEKILAS DIPANDANG MEMANG TIADA SIAPA YANG BERANI BERTEGUR SAPA."MARIAM!!!",NAMANYA DIPANGGIL.IBUNYA MENJERIT-JERIT MEMANGGIL NAMANYA DENGAN NADA GARAU DAN LANTANG.MASIH LAGI TERINGAT KETIKA ITU DIA BARU SAHAJA INGIN BEREHAT SELEPAS PULANG DARI BEKERJA.PEKERJAANNYA HANYA MENJAGA KEDAI RUNCIT SAHAJA SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.
TUBUHNYA MENGGIGIL KETAKUTAN KERANA JERITAN IBUNYA ITU.DIAMBILNYA TUDUNG UNTUK DIPAKAI DAN TERUS MELARIKAN DIRI DARI RUMAHNYA.SAMPAI SAHAJA DI PINTU UTAMA,TELINGANYA DIPULAS DARI BELAKANG DAN RAMBUTNYA DITARIK TERASA SEPERTI INGIN TERCABUT KEPALANYA.MARIAM MENANGIS KESAKITAN."MAHU PERGI MANA ANAK SIAL??,".IBUNYA MENENGKINGNYA SAMBIL MENCUBIT PAHANYA.PERTANYAAN IBUNYA TIDAK DIJAWAB HANYA TANGISANNYA KEDENGARAN."AKU PANGGIL DARI TADI KAU TAK MENYAHUT SEKALI PUN PANGGILAN AKU ANAK SIAL,JANGAN CUBA MAHU LARI".
PEREMPUAN ITU MENUDINGKAN JARI KE ARAH LELAKI YANG SEDANG TERLANTAR LEMAH DI ATAS TILAM YANG MENGHADAP KE ARAH DAPUR.JAM BERDETIK MENANDAKAN TELAH PUKUL 6.00 PETANG.LELAKI TUA ITU TERSENTAK SETELAH MENDENGAR PERGADUHAN ISTERI DAN ANAKNYA.MESKIPUN SAKIT PAK HUSSIN MASIH LAGI GAGAH UNTUK BANGUNKAN BADANNYA MESKIPUN KEDUA-DUA KAKINYA TELAH DIPOTONG DISEBABKAN PENYAKIT KENCING MANISNYA YANG TERUK.TERPANCAR DI RIAK MUKANYA SENYUMAN."JANGAN PAKSA MARIAM KALAU DIA TAK NAK",SAHUT PAK HUSSIN.MUKA MAK DARA TERUS BERKERUT SERIBU MENAMPAKKAN KEMARAHAN DAN DENDAM YANG BELUM CUKUP DILUNASKAN.SEMAMPU DAYA DAN KUDRAT YANG TERSISA ITU,PAK HUSSIN MENGENGSOT DIRINYA KE BILIK MANDI TANPA PERTOLONGAN SESIAPA.MULUT MAK DARA TIDAK HENTI-HENTI MENYUMPAH SERANAH ANAK TIRINYA ITU."PEMALAS,HARAP MENUMPANG SAHAJA DI RUMAH AKU INI TAPI PERTOLONGAN TIDAK PERNAH DIHULURKAN,ANAK SIAL",KATA-KATA DARIPADA MAK DARA MENUSUK MASUK KE JANTUNG MARIAM."KAMU JANGAN SALAHKAN DIA,TANGGUNGJAWAB UNTUK JAGA AKU ATAS BAHU KAMU BUKAN SESIAPA",PERJELAS PAK HUSSIN.
MARIAM BAGAIKAN BERSORAK KERIAGAN DI DALAM HATINYA.SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.BAPANYA LEBIH MENGETAHUI PERKARA SEBENAR DAN TERUS MENERUS MEMBELA DIRINYA YANG DIHINA OLEH IBU TIRINYA ITU.SATU LAGI UNGKAPAN KELUAR DARIPADA MULUT AYAHNYA."JANGAN DISEBABKAN HINA KAMU KEPADA ANAK INI YANG AKAN MEMAKAN DIRI KAMU,DIA JUGA YANG AKAN JAGA KAMU BILA KAMU SUDAH TUA NANTI,AMBIL KATA-KATA AKU INI SEBAGAI NASIHAT",SEJURUS SELEPAS ITU PAK HUSSIN MENGERLING KE ARAH MARIAM DAN MENGUSUNG DIRINYA KE BILIK MANDI.DERU AIR TERUS KEDENGARAN.JERITAN BATIN PAK HUSSIN TIDAK TERHENTI.TIADA SIAPA YANG MENDENGAR RINTIHAN HATINYA.MENYESAL DENGAN PERKAHWINANNYA BERSAMA MAK DARA.SETELAH SEKIAN LAMA,PERANGAI MAK DARA YANG SEBENAR MULA BERTUKAR MENJADI KEJAM.SEGERA PAK HUSSIN MENTENTERAMKAN DIRINYA DENGAN MENGAMBIL WUDUK SEPERTI YANG DIAJARKAN DALAM AJARAN ISLAM SUPAYA KEMARAHANNYA DAPAT DIREDAKAN.PAK HUSSIN BERTAFAKUR MENGINGATI KEESAAN ALLAH SWT YANG MAHA AGUNG. MENGHAYATI ASAL USUL PENCIPTAANNYA SEBAGAI SEORANG HAMBA. AIR MATANYA BERLINANGAN DEK KERANA SEBAK YANG TIDAK TERTAHAN DI HATINYA.PUNAH DAN HANCUR BERKECAI HARAPANNYA UNTUK MEMBERI KASIH-SAYANG SEORANG IBU KEPADA ANAK TUNGGALNYA ITU.APA YANG DIHARAPKAN DARIPADA ISTERINYA ITU MELESET SAMA SEKALI DARI SANGKAANNYA.ZIKIR TIDAK LEKANG DI DALAM HATINYA. JARI-JARINYA MEMBILANG BIJI-BIJI TASBIH. SETIAP KESUSAHANNYA HANYA DIKETAHUI YANG MAHA PENCIPTA SAHAJA YAKNI ALLAH SWT.
MALAM MULA MENJELMA MENGGANTIKAN SIANG MENGIKUT PEREDARAN MASA YANG TELAH DIATUR YANG MAHA PENCIPTA.DI DALAM BILIK TIDUR SEMPIT ITU DIJADIKAN SEBAGAI TEMPAT TIDUR MARIAM.MESKIPUN DIA SUDAH DEWASA MARIAM TIDAK PERNAH MENDAPAT KASIH -SAYANG SEORANG IBU.MENGERATKAN SILATURAHIM MEMANG JAUH SEKALI.MARIAM SEDANG TERMENUNG KESEORANGAN SEORANG DIRI.MEMIKIRKAN NASIB DIRINYA YANG MUNGKIN AKAN DIHALAU DARI RUMAH SELEPAS AYAHNYA MENINGGAL DUNIA NANTI.HARI TERUS BERLALU SEHINGGALAH HARI YANG DITUNGGU MARIAM SUDAH TIBA IAITU MENGAMBIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DI SEKOLAHNYA.SETIAP MATA YANG BERADA DI DALAM DEWAN MEMANDANGNYA DEK KERANA DIA BERPAKAIAN COMPANG-CAMPING.SUARA GELAK KETAWA MULA KEDENGARAN TETAPI CIKGU-CIKGU YANG ADA DI SITU MULA PERGI KE ARAH MARIAM DAN MENJEMPUTNYA MASUK.CIKGU SABARIAH YANG RAPAT DENGANNYA TERSENYUM DAN MENANYAKAN KHABAR AYAHNYA."AYAH MARIAM SIHAT?","SIHAT CIKGU",CIKGU ITU TAHU BAHAWA MARIAM MERUPAKAN PELAJAR YANG MISKIN DAN SETIAP MASALAH YANG DIHADAPI MARIAM TETAP DIKETAHUINYA."APA-APA KEPUTUSAN YANG DIKELUARKAN CIKGU HARAP KAMU TERIMA DAN REDA.","IN SHAA ALLAH,MARIAM AKAN REDA SETIAP APA YANG BERLAKU".
PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DIPANGGIL SATU PERSATU UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS MENGAMBIL KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA."NUR MARIAM HAJAR BIN HUSSIN MENDAPAT 8A+ DAN 1A UNTUK ALIRAN SAINS".NAMANYA DISEBUT PENGACARA MAJLIS ITU.TERKEJUT DIRINYA KERANA TIDAK MENYANGKA KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHNYA BEGITU CEMERLANG SEKALI.AIR MATANYA MENGALIR.DIA TERUS MENGESAT DAN BERLARI KE HADAPAN.PELAJAR YANG MENTERTAWAKANNYA SEBENTAR TADI TERGAMAM MELIHAT ORANG YANG MEREKA HINA SELAMA INI BERJAYA SEDEMIKIAN RUPA."TAHNIAH MARIAM",KATA-KATA ITU DATANG DARI MULUT PENGETUA SEKOLAHNYA YANG MEMBERI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ITU.
MARIAM TURUN DARI PENTAS DAN KEMBALI SEMULA KE TEMPAT DUDUKNYA.PEREMPUAN YANG BERADA DI TEPINYA ITU MENANGIS KERANA SEBAK MELIHAT MARIAM YANG SEDEMIKIAN RUPA MAMPU UNTUK BERJAYA."MAK CIK GEMBIRA DENGAN KEPUTUSAN KAMU DAN BANGGA WALAUPUN KAMU SUSAH TAPI TETAP BERJAYA","TERIMA KASIH MAK CIK",BALAS MARIAM.
SATU JAM SELEPAS ITU SEMUA KEPUTUSAN PELAJAR SELESAI DIUMUMKAN.ADA YANG MENANGIS DAN ADA PULA YANG KETAWA.NAMUN,TIADA SIAPA YANG MERAPATI MARIAM DAN DIA KESEORANGAN DI DALAM DEWAN ITU.CIKGU SABARIAH MENEPUK BAHU MARIAM DAN MEMELUKNYA."TAHNIAH MARIAM,CIKGU BANGGA DENGAN KAMU"MARIAM MEMANDANG DI SEKITARNYA DAN TIDAK MENGHIRAUKAN CIKGUNYA.ADA SEDIKIT PERASAAN SEBAK DI HATINYA LANTARAN KEHADIRANNYA TIDAK DITEMANI SESIAPA DAN TIDAK SEPERTI PELAJAR LAIN YANG MEMPUNYAI IBU BAPA.PERHATIANNYA MULA BERKALIH KEPADA CIKGU DI HADAPANNYA ."TERIMA KASIH CIKGU,SAYA MINTA DIRI DULU",ITU SAHAJA YANG KELUAR DARI MULUTNYA DENGAN KEADAAN LEMAH SEKALI."MARIAM BALIK DENGAN APA?","JALAN KAKI CIKGU",DAN TERUS DIA BERSALAM DAN BERLALU PERGI DARI SITU..
CIKGU BADARIAH SEGERA MENCAPAI BEG TANGANNYA TANPA MELENGAHKAN MASA."BADAR ,KAMU MAHU KEMANA?",SOAL CIKGU YANG ADA DI DALAM DEWAN ITU."SAYA HANTAR MARIAM KE RUMAH",BALAS CIKGU BADARIAH.KERETANYA MELURU MENGEJAR MARIAM YANG SUDAH ADA DI LUAR SEKOLAH.CIKGU BADARIAH BERHENTI DI TEPI BAHU JALAN DAN TERUS MEMANGGIL MARIAM UNTUK MASUK KE DALAM KERETA.."MARIAM MASUK DALAM KERETA CIKGU,BIAR CIKGU HANTARKAN KAMU KE RUMAH".TANPA BANYAK SOAL MARIAM TERUS MASUK KE DALAM KERETANYA.
TINGKAH LAKU MARIAM SEDIKIT ANEH DARI SEBELUM INI.DIA LEBIH BANYAK MENDIAMKAN DIRI DAN PERANGAINYA ITU DITEGUR OLEH CIKGU BADARIAH "KENAPA DENGAN KAMU MARIAM?",PELAJAR YANG BERADA DI DALAM KERETANYA KETIKA INI TIDAK SEPERTI MARIAM YANG DIKENALI SEBAGAI MULUT MURAI SEBELUM INI.MENAMBAHKAN LAGI KERISAUAN DI HATINYA SEKIRANYA MARIAM MEMPUNYAI MASALAH YANG TIDAK DIKONGSIKAN SEPERTI SEBELUM INI.PERTANYAAN CIKGU MARIAM HANYA DIJAWAB DENGAN RINGKAS SAHAJA."SAYA BAIK SAHAJA CIKGU".MESKIPUN DIA MENGATAKAN BEGITU NAMUN RIAK WAJAHNYA LANGSUNG TIDAK MENGGAMBARKAN SEPERTI APA YANG DIPERKATAKAN.
SESAMPAI SAHAJA DI PERKARANGAN RUMAH TERUS MARIAM MENGHULURKAN SALAM DAN BERLALU PERGI."MARIAM TAK NAK JEMPUT CIKGU MASUK KE?"MARIAM TERTUNDUK MALU DAN MENJEMPUT CIKGUNYA MASUK KE DALAM RUMAH.RUMAHNYA KECIL SAHAJA DAN KELIHATAN USANG."JEMPUT DUDUK CIKGU,SAYA BUATKAN AIR",CIKGU BADARIAH HANYA MENGANGGUK SAMBIL MEMERHATI SEKELILING.IBU TIRINYA KELUAR DARI BILIK TANPA MENYEDARI ADA TETAMU DI DALAM RUMAHNYA.SEKILAS PANDANG TERUS DIA MELIHAT ADA WANITA DAN MENEGURNYA."SAYA DATANG SEBENARNYA ADA HAL YANG NAK DIBINCANGKAN DENGAN KAK DARA",LANGKAHNYA TERHENTI MENDADAK,AIR LIURNYA TERTELAN TERUS MAK DARA BERPALING UNTUK MENGHADAP KE ARAH CIKGU SABARIAH.
"ASTAGHFIRULLAH ALAZIM,TAK PERASAN PULA SAYA ADA ORANG DATANG.MARIAM BUATKAN AIR UNTUK TETAMU",LAKONANNYA SEMEMANGNYA SENTIASA BERUBAH MENJADI BAIK SEKIRANYA ADA TETAMU YANG DATANG.MAK DARA TERUS MENGHULURKAN TANGAN UNTUK BERSALAMAN.TIBA-TIBA SAHAJA PERWATAKANNYA BERUBAH MENJADI LEMBUT DAN PENUH DENGAN KESANTUNAN SEPERTI GADIS MELAYU TERAKHIR."MARRRIIII!!!!"BELUM SEMPAT DIA MENGHABISKAN AYAT CIKGU SABARIAH SUDAH MENGETAHUI SIAPA YANG INGIN DIPANGGILNYA."SAYA YANG HANTAR MARIAM BALIK DAN DIA BUATKAN AIR UNTUK SAYA SEKARANG DI DAPUR",TERSENYUM KESEORANGAN CIKGU SABARIAH DEK KERANA PERANGAI IBU TIRI MARIAM YANG TIDAK HABIS INGIN MENCARI SALAH PELAJARNYA ITU."TERIMA KASIH CIKGU HANTAR ANAK SAYA",DALAM HATINYA PERASAAN PEDIH MENUSUK-NUSUK SEPERTI DITIKAM PISAU KETIKA INI KERANA RANCANGAN UNTUK MEMARAHI MARIAM TERBATAL.MATANYA MENJELING TAJAM KE ARAH CIKGU SABARIAH SAMBIL MENCEBIK BIBIRNYA.MARIAM KELUAR DAN TERTUDUK-TUNDUK KEPALANYA KHUATIR IBU TIRINYA ITU MENCERLUNG TAJAM MEMANDANG DIRINYA.MARIAM TAHU SEKIRANYA DIA MELAWAN PASTI AKAN ADA SESUATU DILAKUKAN IBU TIRINYA UNTUK MENYAKITI DIRINYA."SEBENARNYA APA YANG CIKGU SABARIAH NAK BINCANGKAN",SOAL MAK DARA.SESEKALI CIKGU BADARIAH MENGERLING KE ARAH MARIAM DAN TERSENYUM SAMBIL MENGENGGAM TANGAN MARIAM.MARIAM MEMBALAS SENYUMAN TERSEBUT."SAYA ANGGAP MARIAM SEPERTI ANAK SENDIRI DAN TERLALU SAYANG SANGAT PADA MARIAM",SENYUMANNYA KEMBALI KEPADA MARIAM DAN MELEPASKAN TANGAN MARIAM SERTA MERTA.TANGANNYA MULA MENYENTUH MAK DARA SAMBIL MENITISKAN AIR MATA.PERLAKUAN GURUNYA YANG PELIK ITU MENYUKARKAN DIRINYA UNTUK MEMAHAMI KEADAAN YANG SEMAKIN RUMIT ITU."SAYA MERAYU SUPAYA KAK DARA BENARKAN SAYA MENJAGA MARIAM DAN AMBIL DIA SEBAGAI ANAK ANGKAT"RAYU GURUNYA.AIR MATANYA MENITIS DAN SEMAKIN LAJU MENGALIR MEMBASAHI PIPI YANG SEMAKIN BERKEDUT DIMAMAH USIA."SAYA TAK PUNYAI ANAK DAN SUAMI UNTUK DIJADIKAN PENEMAN HIDUP SAYA,JADI BENARKAN SAYA AMBIL MARIAM",AIR MATANYA DILAP DI HUJUNG LENGAN BAJU MASIH NAMPAK SISI AIR MATA MEMBASAHI PIPINYA."BAIKLAH,SAYA BENARKAN",TERKEJUT MARIAM KERANA BEGITU MUDAH IBU TIRINYA MEMBUAT KEPUTUSAN.TIADA HALANGAN HANYA SENYUMAN TAWAR DARIPADA IBU TIRINYA ITU.MESKIPUN BEGITU,HATINYA MASIH BERSORAK KERIANGAN DISEBALIK SENYUMAN PALSUNYA YANG PENUH RIAK DAN TAMAK ITU.SELEPAS INI,TIDAK PERLU LAGI DIA BERSUSAH PAYAH BERPURA-PURA ALIM DAN BAIK KERANA MENJAGA MARIAM.MARIAM HANYA MAMPU TERSENYUM DAN MEMIKIRKAN KESIHATAN AYAHNYA SEKIRANYA DIA KELUAR DARI RUMAH TERSEBUT.BAGAIMANA DENGAN MAKAN MINUM AYAHNYA,SIAPA YANG MEMANDIKAN.JIKA DIHARAPKAN IBU TIRINYA ITU MUNGKIN SELAMA-LAMANYA TIDAK MENJADI.
"OH ANGIN KAU KIRIMKAN KALIMAH KASIH KU,AGAR DAPAT KU DENGARI KALAMNYA BERBUNYI....."RADIO YANG DIPASANGNYA DI KATIL KETIKA MENDENGAR SEMASA BELAJAR SEBENTAR TADI DITUTUP OLEH AINUL MAWARDAH KERANA KHUATIR MENGANGGU PERBUALAN ANTARA IBUNYA DAN TETAMU YANG DATANG.LAGU ITU SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI PILIHAN PENDENGAR SETIA YANG DINYANYIKAN WANY HASRITA BERTAJUK MENAHAN RINDU.KESEMPITAN HIDUP YANG DITANGGUNG OLEH MARIAM DAN ANAKNYA ITU MEMAKSA DIRI MEREKA UNTUK HIDUP DALAM KESEDERHANAAN DAN HANYA MENGGUNAKAN RADIO. AINUL MAWARDAH YANG MASIH BERADA DI DALAM BILIK IBUNYA MENCARI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MENDENGAR PERBUALAN MEREKA.IBUNYA SELALU MENASIHATINYA SUPAYA TIDAK MENCAMPURI URUSAN ORANG TUA.TANGISAN SAHAJA YANG MAMPU DIDENGARI TANPA PERBUALAN.TERUS AINUL MAWARDAH BERLARI KE RUANG TAMU MELIHAT SIAPA YANG MENANGIS.
IBUNYA BERDIRI KAKU DISITU DAN MEMANDANG SEORANG LELAKI YANG DIKENALINYA DAHULU.PEREMPUAN TUA ITU PULA SEDANG MENANGIS TERESAK-ESAK SAMBIL MENGGONCANG KAKI IBUNYA.AINUL MAWARDAH TERUS MENGHAMPIRI IBUNYA KHUATIR IBUNYA DIAPA-APAKAN TETAPI SEMPAT DIHALANG OLEH MARIAM."PERGI SANA MAWAR, IBU PERLU BINCANG DENGAN MEREKA","BAIKLAH IBU",HANYA MAMPU MENURUT DAN DUDUK DI SOFA MEMERHATI SITUASI YANG MENGELIRUKAN ITU."MARIAM,MAAFKAN SAYA"BARU SAHAJA LELAKI ITU MELANGKAH MASUK KE DALAM RUMAH MARIAM TERUS PENGSAN DI DEPAN PINTU.TERKEJUT MAK CIK YANG SEDANG MENANGIS SAMBIL MEMEGANG KAKI IBUNYA ITU.TANPA BERLENGAH TERUS LELAKI ITU MENGANGKAT IBUNYA KE DALAM BILIK DIIRINGAN AINUL MAWARDAH.KHUATIR JUGA AINUL MAWARDAH JIKA LELAKI ITU MENGAPA-APAKAN IBUNYA YANG CANTIK ITU.SIAPA YANG TIDAK TERPIKAT DENGAN MARIAM YANG KULIT MULUS DAN PUTIH SEPERTI MODEL ITU CUMANYA DIA HANYA SEORANG PELAJAR JURUSAN KULINARI.
SETELAH ITU,MEREKA BEREDAR KE RUANG TAMU DAN AINUL MAWARDAH PULA MENGAMBIL AIR DI DAPUR UNTUK DILAP PADA MUKA IBUNYA SUPAYA SEDAR.DI RUANG TAMU RUMAH,LELAKI DAN WANITA TUA ITU SEPERTI TIDAK SENANG DUDUK KHUATIR SESUATU MENIMPA MARIAM."DIA TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN KITA .SAYA RASA BERSALAH MAK DARA","JANGAN BIMBANG,MAK DARA TAHU MARIAM ITU SEORANG WANITA YANG KUAT",JAWAB MAK DARA.ALASAN ITU HANYA UNTUK MENYENANGKAN HATI ADAM SAHAJA."IBU BANGUN",MATA MARIAM BERKELIP-KELIP DAN CUBA UNTUK BANGUN DARI PEMBARINGAN.MARIAM MEMBANTU IBUNYA BANGUN."ALHAMDULILLAH IBU SEDAR JUGA",MARIAM HANYA MENGANGGUK DAN TERSENYUM PADA SI KECILNYA "MAWAR, IBU MINTA TOLONG JANGAN BENARKAN MEREKA MASUK KE DALAM BILIK","KENAPA IBU",SOAL ANAK KECILNYA."SEBAB IBU SAYANG MAWAR","YA IBU".
AINUL MAWARDAH KELUAR DARI BILIK TERSEBUT DAN TERUS MENGATAKAN BAHAWA IBUNYA SUDAH SEDAR TETAPI TIDAK MAHU BERJUMPA MEREKA. ADAM SEGERA BANGUN DAN MASUK KE DALAM BILIK MARIAM."MARIAM".MARIAM YANG SEDANG DUDUK ITU TERKEJUT LELAKI ITU MEMANGGIL NAMANYA."KALAU NAK SANGAT JUMPA SAYA JANGANLAH SAMPAI MACAM ITU SEKALI",KETAWA MARIAM.DIA HANYA BERPURA-PURA PERAMAH."SAYA HANYA RISAUKAN AWAK","SUDAHLAH JANGAN BERPURA-PURA LAGI",SUARANYA SEMAKIN LANTANG SEPERTI SEDANG MEMBELA DIRINYA.JARI TELUNJUKNYA MENUDING KE ARAH ANAK KECILNYA."CUBA TENGOK MUKA BUDAK PEREMPUAN ITU IRAS SIAPA?","SAYA MENGAKU SALAH SELAMA INI TAPI BERILAH PELUANG UNTUK SAYA TEBUS KESALAHAN SAYA".RAYU ADAM.AIR MATA MARIAM MENGALIR DI PIPI.TANGANNYA DISILANG DI DADA."JANJI ,JANJI,JANJI,SAYA MUAK DENGAN JANJI PALSU AWAK,KELUAR SEKARANG DARI RUMAH SAYA LELAKI TAK GUNA",MAK DARA YANG MELIHAT TERKEJUT DENGAN PERLAKUAN MARIAM ITU.ANAK YANG DIKENALINYA DAHULU SUDAH BERUBAH MENJADI TEGAS."KAU PUN SAMA PEREMPUAN TUA KEJI",TANGANNYA MENUDING KE ARAH WANITA TUA ITU.KESABARANNYA SUDAH TIDAK DAPAT DITAHAN LAGI.KEMARAHANNYA PERLU DILEPASKAN HARI INI JUGA."IBU,KENAPA HALAU MEREKA?",SOAL ANAKNYA."MEREKA TAK LAYAK BERSAMA KITA SEBAB MEREKA ORANG JAHAT".KETAWA BERDEKAH-DEKAH MARIAM KETIKA INI.KEPUASAN YANG DIRASAKANNYA MEMUASKAN HATI.

Ulasan
Catat Ulasan