(2) anak sial

sambungan (1)
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Seminggu kemudian.

"Ibu,kita nak pergi mana?",soal Ainul Mawardah pada ibunya. "kita cari tempat yang sesuai untuk Mawar dan ibu sebab tempat ini sudah tidak selamat untuk kita", pelbagai persoalan yang bermain di benak fikiran anak kecil itu dengan apa yang dimaksudkan ibunya berkenaan "tidak selamat". Beg baju yang telah sedia dimasukkan ke dalam bonet kereta. "Mariam, kau sudah fikir apa yang kau lakukan ini?", kawannya yang sedang berada di sebelah menegurnya dengan lembut khuatir sekiranya Mariam terguris hatinya. " Aku terpaksa lakukan semua ini untuk anak aku", matanya memandang sayu ke arah Ainul Mawardah. "keputusan ini salah dan kau masih ada lagi pilihan yang lain lagi Mariam",kawannya cuba untuk meyakinkannya supaya menerima hakikat dan berdepan masalah dengan berani. "ya,memang aku ada pilihan dan aku pilih keputusan untuk selamatkan Mawar",
"selamatkan dia daripada siapa", Mariam menghembuskan nafasnya dan berkata
"aku tak nak Adam ambil anak aku", "kenapa?adam ada hak juga sebab dia ayah kepada Mawar", "tapi Adam bukan ayah kandung Mawar!!!",kawannya terkejut dengan perkara yang baru diketahuinya itu. "apa!!?jangan bergurau tentang status ayah kandung sebab ia penting",
"memang betul tentang ini dan aku tak pernah menipu", "kalau adam bukan ayah kandung Mawar,siapa ayah dia yang sebenar",Mariam mengalirkan air mata dan tersedu-sedu menangis. Mujur sahaja anaknya sudah masuk di dalam kereta. Sukar sekali untuk Mariam memberitahu sahabat baiknya itu perkara sebenar. "siapa ayah dia tak penting,yang penting dia ada di sisi aku dan selamat walaupun dia tak ada ayah untuk lindungi dia", kawannya hanya mengangguk dan memeluknya dengan erat supaya kesedihan itu dapat dihilangkan. "tapi kau kena janji jaga diri  baik-baik", seraya itu Mariam hanya mengangguk tanda memahami nasihat sahabatnya itu. "baiklah,aku janji", airmatanya dilap dan dia berlalu pergi masuk ke dalam kereta. Pemergiannya pergi dengan ucapan salam daripada sahabatnya, Suraya.

5 JAM KEMUDIAN,
TERATAK BADARIAH.

Mariam masih lagi bertafakur di atas sejadah yang terhampar untuk solat tahajud.  Tenggelam bersama-sama alunan zikrullah yg tidak henti dari hatinya. Hanya ditemani zikrullah kepada Allah swt sahaja yang saban waktu menerangi kegelapannya yang suram seperti kabus meresap ke dalam sarafnya dan menjadi kekuatan dirinya untuk terus mengharungi penderitaan yang sudah lama bersarang di benak fikirannya.

Anaknya lena diulit mimpi di atas katil. Hanya hembusan nafas yang kedengaran.Mungkin kepenatan setelah seharian mengemas rumah barunya. Mariam mengimbau masa silamnya dan sepanjang tempoh perkenalannya dengan lelaki itu. Mungkin fikirannya belum matang sepenuhnya dan dia terus mengambil keputusan untuk menikahi pilihan hatinya itu tanpa mendalami asal-usulnya. Namun,apakan daya perkara itu sudah berlaku dan berlalu dimamah masa serta waktu. Hatinya khuatir sekiranya Ainul Mawardah bakal mengikuti jejak langkah ayahnya. Pada siapa ingin dia minta pertolongan. Lambat laun, rahsianya akan terbongkar apabila anaknya menginjak dewasa dan membawa haluan sendiri untuk mencari ayah kandungnya. Atas sejadah itu, Mariam Hajar menangis sepuas-puasnya agar dapat meredakan emosi yang membebani hati dan pemikirannya. Sememangnya,kebenaran akan wujud juga pada akhirnya meskipun diselubungi dengan air mata.

Kelihatan susuk tubuh wanita melintas di hadapan pintu bilik Mariam Hajar. Pintunya diketuk dari luar bilik. Malam yg sunyi dan semakin dingin itu sudah larut ditelan kegelapan. Mariam segera membuka pintu biliknya tidurnya yang berada di sudut kiri ruangan kosong itu. Hatinya khuatir sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini. "kenapa ibu?",Ainul mawardah terjaga dari tidur yang lena itu ketika mendengar bunyi kunci pintu dibuka. Pintu kayu yang lama itu memang sudah terlalu ketat untuk dibuka jadi perlukan kekuatan yang besar untuk membuka kuncinya. Ainul Mawardah melihat seorang wanita sedang berdiri di depan ibunya. Mariam tersenyum melihat anaknya yang tidak keruan bila melihat ibu angkatnya di depan pintu. "Mawar,ni nenek Badar", Ainul Mawardah menarik-menarik hujung kain solat Ibunya. "Ibu,Mawar nak pergi tandas",
setelah lama berdiri akhirnya Ainul Mawardah memberitahu apa yang ingin dia katakan."baiklah ,hati-hati turun tangga Mawar", anaknya berlalu pergi dan tersenyum ke arah ibunya. Di dalam kepalanya, Ainul Mawardah memikirkan siapa sebenarnya wanita yang berdiri di biliknya sebentar  tadi. Setelah keluar dari tandas, dia melihat ibunya sedang berbual di dapur dengan wanita. Mereka kelihatan begitu mesra dan sudah lama kenal antara satu sama lain. Ainul Mawardah pergi ke arah ibunya dan berbisik siapa wanita tua yang duduk di sebelah ibunya itu. "ini nenek badar dan pernah jaga ibu dulu", Ainul Mawardah mengganguk tanda memahami apa yang dijelaskan oleh Mariam Hajar pada dirinya. "Mawar pergi tidur dulu nanti Ibu menyusul", Mariam hajar mencium dahi dan mengusap lembut pipi anaknya. Anaknya hanya menuruti sahaja dan meluru masuk ke dalam bilik.

Air mata Mariam Hajar mula jatuh berlinangan di pipinya sejurus anaknya beredar. "apa yang saya buat memang salah tapi saya terpaksa", perasaan yang dirasakannya tidak dapat ditahan lagi. Dia meluahkan segala apa yang berlaku kepada ibu angkatnya itu. "kamu kena sabar dan tabah atas apa yang terjadi pada diri kamu", "saya terpaksa ibu", hanya itu yang mampu diucapkannya. Cikgu Badariah memeluk Mariam Hajar supaya dapat menenangkan dirinya. "jangan pernah menangis walau apa pun yang terjadi dan kuatkan semangat",Mariam Hajar menstabilkan emosinya dan mula menarik nafas sedalam-dalamnya bagi mencari nafas yang segar untuk dia mula menceritakan apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya.

8 TAHUN LEPAS,
SEKINCHAN, SELANGOR.

Hadirnya bagai sebuah mentari. Menyinari dirinya ketika dalam kegelapan dan kesuraman. Siapa sangka wanita yang menjadi rebutan ramai lelaki ketika itu menjadi isteri kepada seorang pegawai polis. Akhirnya perkahwinannya yang dimeteraikan dengan sekali lafaz sahaja menjadikannya sudah sah sebagai isteri kepada lelaki itu. Walaupun dia baru mengenali lelaki itu beberapa minggu tetapi hatinya memilih untuk menjadi halal. Hanya akad nikah yang dijalankan kerana pernikahan itu dilakukan pada saat-saat akhir.

Selepas beberapa tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak lagi kerana belum ada lagi rezeki untuk mereka. Setiap saat dan waktu, Mariam Hajar sentiasa berdoa supaya dikurniakan anak untuk menjadi penyeri kehidupan dia dan suami. Namun, genap setahun berkahwin tetapi dia masih belum mempunyai anak. Mereka tidak pernah salahkan takdir atas apa yang berlaku.

MASA KINI,
TERATAK BADARIAH.

"Cukuplah Mariam cerita sampai situ dulu nanti bila sudah sedia, sambung semula",
"baiklah ibu", "sekarang Mariam pergi tidur", malam sudah larut dan menunjukkan jam 2.00 pagi. Cikgu Badariah tahu bahawa Mariam Hajar sudah keletihan dalam perjalanannya untuk kesini selama 5 jam. Riak mukanya menunjukkan dia kepenatan. Sudah banyak kali dia menguap dan disebabkan kesian, ibu angkatnya menyuruh dia tidur.

subuh mula menjelma. Matahari mula terbenam. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Mariam Hajar baru sahaja terjaga dari tidur sebentar tadi dan sudah selesai melaksanakan ibadah wajib iaitu solat. Usai solat, dia bergegas ke dapur untuk membuat sarapan. Anaknya pula baru sahaja bangun dari tidur dan meluru ke tandas untuk mandi dan solat. Dapur rumah itu kecil sahaja dan ia lebih mengutamakan gaya vintage. Setiap kayu di dinding dicorakkan dengan seni yang berlatarbelakangkan bunga-bungaan. Balkoni yang terletak dihujung dapur pula dihidangkan dengan pemandangan indah gunung-ganang yang tinggi. Udaranya yang sejuk pada waktu pagi memberi nafas yang segar pada setiap manusia. Kehijauan alam sungguh menenangkan kepada sesiapa yang melihat ciptaannya. Cikgu Badariah pergi ke dapur dan melihat sekiranya Mariam Hajar menerlukan bantuannya untuk memasak.

Baru sahaja ingin membantu, Mariam Hajar membantah. Cikgu Badariah hanya menurut sahaja kata anak angkatnya itu. Dia duduk di meja luar yang berada di balkoni dan melihat jauh ke arah gunung-ganang tersebut. Matanya dipejam dan dia menarik nafas perlahan-lahan. Sungguh segar sekali udara di sini. "siap, Mawar tolong bawakan makanan ini pada nenek Badar ", arahnya pada anaknya yang baru sahaja sampai di dapur. Hanya telur dadar dan nasi goreng sahaja yang menjadi sarapannya hari ini serta sedikit roti sardin.

"habis makan kita pergi dekat air terjun", kata Cikgu Badariah kepada mereka berdua. Mereka berdua hanya tersenyum tanda setuju. Pagi ini mereka bersiap untuk menuju ke air terjun yang terletak tidak jauh dari belakang rumah. Perjalanannya hanya memakan masa 10 minit berjalan kaki. Tidak terlalu jauh dan disitu sudah disediakan rumah pondok untuk beristirehat. "kalau Mawar nak tukar pakaian untuk berenang boleh ke rumah pondok itu", tangannya menuding ke arah rumah pondok yang kecil itu. Ainul Mawardah segera meluru ke arah tempat itu. Dia memang sudah lama berniat untuk berenang di air terjun itu tetapi ditegah oleh ibunya. Mariam Hajar dan Cikgu Badariah pula sedang duduk di atas batu - batu besar dan merendamkan kakinya di dalam air. "Sejuknya", ucap Mariam Hajar. "Cerita semalam Mariam tak nak sambung ke?", Mariam Hajar hanya tersenyum. Ibunya memegang erat tangannya dan kepalanya tertunduk ke bawah mencari memori lama di dalam ingatannya. Mariam Hajar memandang ke arah ibunya dan mengganguk tanda setuju. Cikgu Badariah hanya tersenyum. Ingatannya mula menerawang kembali ke masa silam ketika dia berumur 22 tahun. Baru sahaja menghabiskan diploma kulinari. Namun apakan daya, Mariam tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran kerana tidak mempunyai wang.

Bermula dari pertemuan pertamanya ketika Mariam Hajar bekerja di kedai kek berhampiran stesen bas. Pada masa itu dia baru sahaja memulakan pekerjaannya pada hari pertama. Lelaki itu datang ke kedainya setiap hari selepas terpikat dengan Mariam Hajar. Namun, Mariam Hajar tidak pernah melayan lelaki itu kerana perlu fokus pada kerjanya. Setiap hari dia akan mencari alasan apabila lelaki itu mengajaknya keluar.

Ulasan

Catatan Popular