(3)anak sial

SAMBUNGAN YG 2
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

TAKDIR MEMPERTEMUKAN MEREKA BERDUA. ADA SUKA DAN DUKA DALAM HIDUP. HIDUP INI MUDAH. BUAT PILIHAN DAN JANGAN PANDANG KE BELAKANG.

MAHKAMAH SYARIAH PUTRAJAYA.

"MUHAMMAD ADAM DANIEL BIN JAAFAR DISAHKAN SEBAGAI PENJAGA DAN HAK SEPENUHNYA KE ATAS AINUL MAWARDAH BINTI ABDULLAH", UCAP HAKIM MAHKAMAH SYARIAH. AIR MATA MARIAM HAJAR MENGALIR LAJU MEMBASAHI PIPINYA SEBAIK SAHAJA PERKARA TERSEBUT DIUMUMKAN OLEH HAKIM. AINUL MAWARDAH DIAMBIL DARI PANGKUAN IBUNYA SECARA MENGEJUT OLEH ADAM . "IBU, TOLONG MAWAR", DIA MERONTA-RONTA SAMBIL MEMANGGIL IBUNYA. "JANGAN AMBIL ANAK AKU", RAYU MARIAM HAJAR PADA ADAM. MELUTUT MINTA BELAS IHSAN AGAR DILEPASKAN AINUL MAWARDAH. ADAM TIDAK MENGENDAHKANNYA  DAN HANYA MEMALINGKAN MUKANYA KE SATU SUDUT YANG LAIN. UNTUK SEKETIKA, ADAM MELEPASKAN AINUL MAWARDAH DAN MEMBIARKAN DIA MEMELUK IBUNYA SEKETIKA. MEREKA BERDUA MENANGIS TERESAK-ESAK, "MAWAR AKAN JADI HEBAT DAN LEBIH BERANI DARIPADA IBU", "IBU,MAWAR TAK NAK IKUT DIA", " CUKUP SETAKAT ITU SAHAJA. INI AKAN JADI PERTEMUAN TERAKHIR AWAK DAN MAWAR JADI JANGAN LIBATKAN DIRI AWAK DENGAN URUSAN KELUARGA SAYA", BEGITU ANGKUH SEKALI ADAM KEPADA MARIAM HAJAR. AINUL MAWARDAH DIAMBIL DARI PELUKAN DAN DIBAWA PERGI DARI IBUNYA. " JANGAN AMBIL ANAK AKU,TOLONG LAH FAHAM", TERIAK MARIAM HAJAR KEPADA ADAM TETAPI TIDAK DIENDAHKANNYA DAN TERUS MEMBAWA AINUL MAWARDAH MASUK KE DALAM KERETA. MEREKA PERGI DAN MENINGGALKAN KHALAYAK RAMAI YANG BERKERUMUN DI DEPAN MAHKAMAH. MARIAM JATUH TERDUDUK DI TANGGA HADAPAN SETELAH BERLARI MENGEJAR ANAKNYA. TIADA LANGSUNG ERTI KEPENATAN HANYA TERKEJUT DENGAN APA YANG BARU DILALUINYA ITU DAN DIA MENANGIS, MERINTIH MERAYU SUPAYA ANAKNYA DIKEMBALIKAN SEMULA. "BANYAKKAN BERISTIGHFAR MARIAM", NASIHAT CIKGU SABARIAH KEPADANYA. HATINYA TIDAK AKAN PERNAH TENANG JIKA ANAKNYA DIBAWA PERGI DARIPADA HIDUPNYA. "SAYA CUMA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK MARIAM TAPI BUKAN SEPERTI INI" ,UCAP MARIAM HAJAR. AIR MATANYA MASIH MENGALIR MEMBASAHI PIPINYA. TIADA SATU KEGEMBIRAAN YANG TERBIT DI DALAM HATINYA SETELAH ADAM MEMBAWA ANAK KECILNYA PERGI JAUH DARI HIDUPNYA. KEHIDUPANNYA SARAT DENGAN KEBENCIAN TERHADAP LELAKI ITU. KEBENCIANNYA TIDAK AKAN PERNAH TERPADAM MALAH SEMAKIN MENEBAL DI DALAM HATINYA. SUATU HARI NANTI AKAN TIBA SAAT AINUL MAWARDAH AKAN KEMBALI KE PANGKUAN IBUNYA. "MARIAM PERLU PASRAH DENGAN TAKDIR INI SEBAB ADA ORG DITAKDIRKAN HANYA UTK DIHATI KITA TETAPI BUKAN DI DALAM HIDUP KITA", HANYA KATA-KATA YANG MAMPU DIUCAPKAN BADARIAH KEPADA ANAK ANGKATNYA SUPAYA DAPAT MENENANGKAN PERASAANNYA ITU. "TAPI BUKAN INI YANG MARIAM PILIH. INI BUAT HATI MARIAM GUSAR DAN TAK TENANG FIKIRKAN APA YANG BERLAKU DALAM HIDUP MAWAR SELEPAS INI", "MARIAM,HIDUP TAK SUSAH ,BUAT PILIHAN KAMU DAN JANGAN PERNAH PANDANG KE BELAKANG", "TPI APA YG SY PILIH TIDAK SELARI DENGAN APA YANG SAYA DAPAT SEKARANG DAN SAYA TAK DIBERI PELUANG UNTUK MEMILIH SEBAB MAWAR BUKAN MILIK SAYA LAGI", "SEBAB ITU MARIAM JANGAN PERNAH PANDANG KE BELAKANG", " DIA ANAK SAYA DAN IBU TAKKAN PERNAH FAHAM APA PERASAAN MENJADI SEORG IBU SEBAB MEMANG IBU TAK DIKURNIAKAN ANAK", MARIAM HAJAR MULA TEGAS. BADARIAH MENDIAMKAN DIRI DAN HANYA MEMERHATIKAN MARIAM HAJAR MENANGIS. DIA FAHAM AKAN PERASAAN MARIAM HAJAR TETAPI SUSAH UNTUK DIPERJELASKAN.

TERATAK BADARIAH,

"MARIAM BANGUN!", KEJUT IBUNYA SETELAH MELIHAT AIR MATA MARIAM MENGALIR DAN DIA SEPERTI MENGIGAU. "ASTAGFIRULLAH", TERJAGANYA DARI TIDUR. MIMPI ITU BERULANG KEMBALI. APA YANG KITA FIKIRKAN AKAN MEMPENGARUHI MIMPI SESEORANG. MUNGKIN TERLALU MEMIKIRKAN TENTANG AINUL MAWARDAH. DIA HANYA BERHARAP MIMPI ITU TIDAK MENJADI KENYATAAN DALAM DUNIA REALITI. "SAYA MIMPI MAWAR DIAMBIL ADAM", "ITU CUMA MAINAN TIDUR",JELAS BADARIAH. MARIAM HAJAR MELIHAT ANAK KECILNYA SEDANG LENA DIULIT MIMPI

Ulasan

Catatan Popular